Skip to main content

Bola Sepak

Neymar samai rekod Puskas dalam final Copa

28517neymar.jpg
Neymar menyumbang gol kedua Barcelona dalam kemenangan 3-1  ke atas Alaves dalam final Copa del Rey, awal pagi tadi, lantas menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam tiga final berturut-turut selepas legenda Real Madrid, Ferenc Puskas.

Barca menewaskan Athletic Bilbao pada 2015 dan Sevilla pada 2016 untuk merangkul dua gelaran berturut-turut, dengan pemain antarabangsa Brazil, Neymar, menemui gol dalam kedua-dua perlawanan itu.

Dan apabila mereka mempunyai final Copa ketiga berturut-turut, Neymar sekali lagi mencetak nama dalam senarai penjaring, meletakkan Barca 2-1 di Vicente Calderon selepas Theo Hernandez menyamakan gol pembukaan Lionel Messi.

Sebelum ini, satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam tiga final berturut-turut adalah legenda Real, Puskas, di antara 1960 dan 1962.

Advertisement

Must Watch Video