Neymar menegaskan dia gembira di Paris Saint-Germain (PSG) dan mahu melakar sejarah bersama gergasi Perancis itu di sebalik spekulasi perpindahannya ke Real Madrid semakin kuat.
Bintang Brazil itu menjadi pemain termahal dunia apabila PSG membayar klausa pelepasan €222 juta (RM1 bilion) untuk menandatanganinya dari Barcelona pada Ogos lalu.
Neymar dapat menyesuaikan diri dengan baik walaupun berlaku perbalahan dengan Edinson Cavani, dengan menjaringkan 26 gol dalam 24 penampilan.
Namun, skuad yang kini bergelut dalam LaLiga dan juara Liga Juara-Juara, Madrid, dilaporkan berminat terhadapnya.
Ditanya mengenai Madrid selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 4-0 PSG ke atas Montpellier awal pagi tadi, Neymar memberitahu pemberita: "Saya gembira dengan rakan sepasukan dan gembira di PSG.
"Saya mempunyai perlawanan yang baik, saya datang ke sini untuk membuat sejarah dan melakukan yang terbaik.
"Spekulasi sentiasa wujud. Sejak berada di Santos dan di Barcelona, semua jendela perpindahan ada nama saya. Ia mustahil dapat mengelak.
"Tetapi saya gembira kerana ia bermakna saya seorang pemain baik, dan pemain berkualiti sentiasa dijadikan spekulasi," ujarnya.
Neymar berulang kali disoal tentang hubungannya dengan penyerang, Cavani, berhubung tugas mengambil sepakan penalti sejak September lalu.
Gandingan itu terlibat dalam satu lagi insiden apabila Neymar memutuskan untuk menyudahkan penalti dalam kemenangan 8-0 PSG di Dijon minggu lalu, dan bukannya membiarkan Cavani berpeluang memecahkan rekod pencapaian gol Zlatan Ibrahimovic untuk kelab itu.
Neymar diejek penyokong gara-gara mengambil penalti walaupun Cavani akhirnya memecah rekod dengan 157 gol di Parc des Princes, awal pagi tadi.
"Saya menerima kedua-duanya, boo dan tepukan, tetapi saya gembira dengan kemenangan hari ini, yang merupakan perkara paling penting. Saya fikir kami bermain hebat," kata Neymar.
"Tidak mungkin kami tidak tahu (rekod Cavani), tetapi jurulatih menamakan saya sebagai pengambil penalti dan kami tidak mempunyai kontroversi berhubung perkara itu. Kami tahu apa yang berlaku di dalam bilik persalinan dan dia membuat keputusan itu, jadi saya perlu mengambil tanggungjawab ini .
"Sudah tentu, saya menyokong Cavani dan mahu melihatnya memecahkan rekod seperti dilakukannya hari ini.
"Tetapi saya juga tahu bahawa dia akan melakukannya pada suatu hari nanti kerana kami masih mempunyai banyak perlawanan musim ini.
"Saya tahu semua tanggungjawab saya dan saya tidak berada di sini untuk bersembunyi tetapi untuk mengambil tanggungjawab," katanya lagi.