Skip to main content

Bola Sepak

Neymar puas hati pamer aksi mantap

neymar.jpg
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, berada di tahap terbaik selepas menyerlah ketika membantu pasukan merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Nice, awal pagi tadi.

Neymar mempamerkan aksi cemerlang berdepan Nice dengan menjaringkan dua gol ketika juara Ligue 1 itu merakamkan kemenangan kelapan berturut-turut.

Pemain berusia 26 tahun itu turut menjaringkan sepakan penalti ketika mengatasi Reims 4-1.

"Ia adalah kemenangan yang penting. Kami menang dengan mempamerkan aksi berkualiti dan meraih tiga mata untuk PSG," kata Neymar.

"Saya berpuas hati dengan persembahan ini -- berasa sangat baik dan berada dalam prestasi yang cemerlang."

Neymar membuka jaringan pada minit ke-22 sebelum Christopher menggandakan jaringan pada permulaan separuh masa kedua.

Penyerang PSG itu meledak gol keduanya dalam masa kecederaan bagi memastikan PSG kekal di kemuncak Ligue 1.

Advertisement

Must Watch Video