Erling Haaland menjadi sasaran Paris Saint-Germain (PSG) ketika meraikan kemenangan selepas juara Ligue 1 itu menyingkirkan Borussia Dortmund daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Beraksi dalam Parc des Princes yang kosong susulan ancaman Coronavirus, jaringan babak pertama daripada Neymar dan Bernat membolehkan PSG menang 2-0 dan 3-2 secara agregat sekali gus mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2016.
Dalam aksi pertama, Haaland meledakkan kedua-dua gol di Signal Iduna Park, meraikannya dengan cara duduk dan bertafakur.
Namun, cara sama dilakukan pemain PSG selepas kemenangan di ibu negara Perancis itu.
Selepas Neymar meniru gaya itu ketika meledakkan gol pembukaan, seluruh skuad kendalian Thomas Tuchel itu membuat gaya duduk dan bertafakur selepas tamat perlawanan.
Kemenangan itu memboleh PSG mara ke suku akhir dalam tempoh empat tahun dan kini menyertai RB Leipzig, Atalanta dan Atletico Madrid di peringkat suku akhir.