Gerard Pique menyarankan Neymar untuk bersuara jika dia mahu kembali ke Barcelona sambil pertahanan itu berkata perjanjian dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu amat "merumitkan".
Neymar dijangka meninggalkan juara Ligue 1 itu dalam jendela perpindahan kali ini, dengan Barca -- kelab yang ditinggalkannya dengan yuran rekod dunia €222 juta (RM1.03 bilion) dua tahun lalu -- antara pasukan yang dilaporkan berminat.
Pique mahu menyaksikan penyerang Brazil itu kembali ke Camp Nou, namun dia mengakui kesukaran untuk melengkapkan perpindahan pemain berusia 27 tahun itu sambil menyarankannya supaya bersuara.
"Saya fikir operasi ini amat merumitkan. Dia masih pemain PSG," katanya dalam sidang media.
"Saya amat gembira jika dia ke sini walaupun Neymar sendiri perlu mempunyai keinginan itu.
"Sudah pasti kami ada berbincang dengannya, namun tidak elok untuk bercakap mengenai perbualan peribadi.
"Dia yang perlu tampil dan bersuara.
"Dia bintang di atas dan di luar padang," katanya.
Walaupun tanpa Neymar, Barcelona tetap menerima kekuatan baru dengan mendapatkan Frenkie de Jong dan Antoine Griezmann, masing-masing daripada Ajax dan Atletico Madrid.
Pique, yang pasukannya akan berdepan Napoli dalam aksi persahabatan di Florida awal pagi esok, memuji Griezmann dan berharap penyerang itu akan menyerlah di Camp Nou.
"Griezmann pemain yang hebat dan amat baik apabila dia berada bersama kami.
"Kami berharap dia akan menyesuaikan diri dan membantu kami memenangi perlawanan," tambahnya.