Neymar mampu kekal beraksi sebagai pemain nombor 10 ketika pengendali pasukan, Thomas Tuchel, melakukan uji kaji dengan barisan pemain Paris Saint-Germain (PSG).
Tuchel menggunakan sistem 3-4-1-2 berdepan Angers semalam, dengan jaringan dihasilkan oleh Edinson Cavani, Kylian Mbappe dan Neymar bagi memastikan kemenangan 3-1.
Neymar bertindak sebagai pemain nombor 10 di belakang Mbappe dan Cavani dan Tuchel menjelaskan beliau akan terus menguji sistem permainan pasukan ini.
"Buat masa ini, sangat penting buat Neymar beraksi bersama-sama dengan tiga tonggak pasukan (Angel Di Maria, Mbappe dan Cavani)," kata Tuchel.
"Saya mahu mencari posisi terbaik buat setiap pemain. Dia sedang beraksi baik sebagai pemain nombor 10 dan kami mungkin meneruskannya seperti ini.
"Saya memiliki beberapa idea yang mahu digunakan. Ia adalah peluang untuk mengujinya.
"Sangat penting buat pasukan untuk menggunakan formasi yang berbeza-beza. Saya bertanggungjawab jika pendekatan pasukan tidak berhasil."
Cavani, yang kembali dalam kesebelasan utama, membuka jaringan pada minit ke-12 tetapi Thomas Mangani menyamakan kedudukan.
Perubahan taktikal 4-3-3 menyaksikan rentak permainan yang lebih pantas dipamerkan PSG dan Tuchel berpuas hati dengan persembahan pasukan dalam separuh masa kedua.
"Dalam separuh masa kedua, kami bermain dengan lebih pantas.
"Ia kemenangan yang baik buat kami. Kami akan terus berlatih dan cuba menghasilkan taktikal yang berbeza."