Skip to main content

Bola Sepak

Neymar, Mbappe bantu PSG kembali temui rentak kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymar_.jpg
Neymar dan Kylian Mbappe menyinar ketika Paris Saint-Germain kembali menemui rentak kemenangan dalam saingan Ligue 1 selepas mengatasi Bordeaux 3-2.

Lionel Messi sekali lagi diketepikan ekoran kecederaan, namun dua bintang skuad kendalian Mauricio Pochettino itu bergabung dan menghasilkan impak yang cukup baik kepada pasukan.

Neymar tidak menjaringkan gol dalam saingan Ligue 1 sejak melakukannya ketika berdepan Lens Mei lalu, namun memadam kemarau jaringan dengan gol dalam separuh masa pertama.

Mbappe -- yang melakukan lorongan buat jaringan kedua Neymar -- turut menemui sasaran dalam separuh masa kedua sementara jaringan Alberth Elis dan M'Baye Niang di penghujung permainan tidak cukup bagi Bordeaux memperoleh sebarang mata.
   

Advertisement

Must Watch Video