Luis Enrique memuji peningkatan Neymar di bawah asuhannya selama tiga tahun di Barcelona, bagaimanapun ketiadaan trofi pada musim ini membayangi pencapaian individunya.
Barca akan menghadapi Alaves untuk merebut gelaran Copa del Rey di Vicente Calderon, awal pagi esok, sebagai peluang mereka untuk mengakhiri musim ini dengan trofi di bawah bimbingannya.
Neymar akan menjadi tumpuan untuk menghidupkan peluang pasukannya selepas mempamerkan sentuhan individu menarik dalam kempen musim ini di mana dia menganggap ia aksi terbaiknya di Camp Nou sejak meninggalkan Santos pada 2013.
Luis Enrique sependapat dengan Neymar yang meledak 19 gol, dengan kekuatan mental pemain itu telah berkembang sejak dia mengambil alih jawatan itu, begitupun Enrique kesal mereka gagal melakar kejayaan LaLiga dan Liga Juara-Juara.
"Neymar telah berkembang sejak saya tiba di Barca," kata Enrique.
"Anda boleh lihat kematangan dan kemajuan dalam permainannya. Bukan sahaja berdasarkan kemahirannya tetapi dari segi pemahaman dalam permainannya.
"Dia melalui musim yang hebat sekalipun pemain-pemain memerlukan trofi pada musim ini."
Di bawah kendalian Enrique, Barca memenangi lapan kejuaraan dengan yang kesembilan akan menyusul sekiranya mereka berjaya menundukkan Alaves dan Enrique menyukai pengalamannya membimbing Lionel Messi.
"Trofi adalah milik keseluruhan pasukan dan sudah tentu pemain terbaik dunia," katanya lagi.
"Saya berbesar hati mempunyai pemain terbaik; seorang pemimpin di dalam bilik persalinan dan contoh kepada rakan sepasukannya."