Skip to main content

Bola Sepak

Neymar lawat Pele di hospital

neymar.jpg
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, menziarahi Pele di hospital tatkala bekas bintang Brazil itu masih meneruskan pemulihannya daripada jangkitan saluran kencing.

Pele jatuh sakit ketika menghadiri satu majlis penaja di Paris minggu lalu apabila muncul di samping Kylian Mbappe sambil mendedahkan keadaannya "semakin pulih" selepas diberikan antibiotik.

Justeru, Pele, 78, yang hampir pasti belum boleh dibenarkan pulang sehinggalah bebas sepenuhnya daripada jangkitan itu, menerima kunjungan Neymar. 

Mereka saling tersenyum ketika berswafoto yang dimuat naik di media sosial.

Sementara itu, Neymar, yang dalam pemulihan daripada kecederaan metatarsal, sudah kembali berlatih bersama skuad utama.

Advertisement

Must Watch Video