Skip to main content

Bola Sepak

Neymar enggan bertemu Barcelona dalam Liga Juara-Juara

neymar_eicl6xk4ptpi1r0gl2a138g2q.jpg
Neymar tidak mahu Paris Saint-Germain (PSG) menghadapi Barcelona dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Bintang Brazil berkenaan belum menghadapi kelab lamanya itu selepas menjadi pemain paling mahal di dunia ketika dia meninggalkan Barca untuk PSG setahun lalu dalam perjanjian bernilai €222 juta (RM1 bilion).

PSG disingkirkan Real Madrid dalam pusingan 16 musim lalu sementara Barca melangkah setapak lebih jauh, namun dikejutkan Roma di peringkat suku akhir.

Neymar kembali ke Barcelona untuk acara komersial hari ini, memuat naik swafoto dengan bekas rakan sepasukan, Ivan Rakitic dan Marc-Andre ter Stegen, di media sosial.

Dan menjelang undian peringkat kumpulan Sabtu ini, Neymar mengakui dia tidak bersedia untuk berdepan Barca dalam Liga Juara-Juara, setelah memenangi kejohanan itu dengan gergasi Catalan berkenaan pada 2014-15, menjaringkan gol terakhir dalam kemenangan 3-1 ke atas Juventus.

"Saya tetap berhubung dengan pemain Barca," kata Neymar kepada Mundo Deportivo.

"Saya mempunyai kawan baik, yang juga pemain yang sangat baik.

"Ia akan menjadi sangat sukar untuk menghadapi Barca dalam Liga Juara-Juara, saya tidak menyukainya."

Masa depan Neymar menjadi sumber spekulasi sejak dia meninggalkan Barca, dengan Real Madrid bulan lalu menafikan mereka akan membidanya.

Pemain berusia 26 tahun itu menegaskan bahawa dia kekal di ibu kota Perancis walaupun dia tidak akan memberi komen mengenai laporan mengenai pemain tengah PSG, Adrien Rabiot, yang menjadi sasaran Barca.

"Saya mempunyai kontrak dengan PSG dan saya akan berada di sana," kata Neymar.

"Rabiot pergi? Saya tidak tahu, cakaplah dengannya."

Advertisement

Must Watch Video