Neymar mencetus kebimbangan buat skuad kebangsaan Brazil apabila tercedera sewaktu sesi latihan, kurang tiga minggu sebelum Copa America bermula.
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu terkehel lutut kiri ketika latihan menendang hingga terpaksa menghentikan sesi latihan.
Kegusaran itu tiba kurang 24 jam selepas ketua jurulatih Brazil, Tite, menggugurkan Neymar daripada tugasan kapten yang akan digantikan dengan Dani Alves bagi menghadapi kempen di laman sendiri itu.
Neymar, 27, menghabiskan tiga bulan di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan kaki, awal tahun ini.
Dia kembali memperkuatkan PSG pada penghujung bulan lalu sebelum dipanggil menyertai skuad kendalian Tite itu minggu lalu bagi merealisasikan misi kejuaraan yang kali terakhir diraih pada 2007 itu.
The Selecao akan bertemu Qatar dan Honduras dalam perlawanan persahabatan minggu depan sebelum membuka kempen Kumpulan A dengan menentang Bolivia, 14 Jun ini.
Selain Brazil dan Bolivia, Kumpulan A turut membariskan Peru dan Venezuela.