PSG 1 NICE 1
Neymar menjaringkan golnya yang ke-50 buat Paris Saint-Germain (PSG) ketika mengikat Nice 1-1 dalam saingan Ligue 1 di Paris awal pagi tadi untuk mencipta sejarah baru dalam penampilannya yang ke-57 itu.
Pemain kebangsaan Brazil itu menyempurnakan sepakan penalti pada sejam perlawanan untuk memadam jaringan permbukaan Ignatius Ganago pada awal babak kedua aksi di Parc des Princes itu.
Angel Di Maria meluru masuk ke kawasan penalti lawan sebelum dijatuhkan oleh Patrick Burner yang membuka peluang untuk Neymar menewaskan Walter Benites dari jarak 12 ela.
Selepas gagal menjaringkan gol dalam dua aksi terakhir liga ketika menentang Monaco dan Montpellier, Neymar menjaringkan satu gol dalam final Coupe de France dengan Rennes -- di mana PSG tewas dalam penentuan penalti -- dan kini menjaringkan dua gol daripada empat perlawanan sejak kembali daripada waktu rehat tiga bulan ekoran kecederaan kaki.
Ia melengkapkan jaringan ke-50 Neymar buat juara Perancis itu sejak menyertainya daripada Barcelona dengan rekod yuran perpindahan tertinggi pada Ogos 2017.
Neymar, yang menjaringkan 105 gol buat Barca sepanjang empat musim bersama gergasi Catalan itu, dilaporkan akan berdepan penggantungan di antara tiga ke lapan perlawanan selepas didapati menumbuk seorang penyokong ketika tewas dalam penentuan piala dengan Rennes minggu lalu.