Neymar mungkin terkenal dengan aksi lakonannya di atas padang tetapi Andy Robertson berpendapat bintang Brazil itu tidak akan menjadi satu-satunya fokus Liverpool.
Paris Saint-Germain (PSG) akan bertandang ke Liverpool, awal pagi Rabu ini, bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah, di mana Neymar bakal hadir dalam keadaan segar selepas direhatkan sewaktu perlawanan Ligue 1 menewaskan Saint-Etienne.
Liverpool dan PSG kini memiliki rekod 100 peratus di peringkat domestik dan pertahanan Scotland, Roberson, tidak dapat melihat jangkaan cabaran yang bakal dihadapi oleh skuad kendalian Jurgen Klopp itu.
"Dia adalah pemain bertaraf dunia dan kami harus berhati-hati dengannya," kata Robertson.
"Skil yang dia miliki menceritakan segalanya. Orang ramai berkata dia mudah jatuh tetapi itu bukan masalah kami. Ia terpulang kepada pengadil untuk membuat keputusan. Kami akan menjauhkan diri daripada situasi itu.
"Bagi kami, apa yang perlu dititikberatkan adalah kualiti. Malang buat kami kerana mereka mempunyai ramai pemain berkualiti. Neymar salah seorang daripadanya.
"Perkara buruk buat kami adalah mereka memiliki ramai pemain yang harus kami risaukan.
"Daripada sudut lain, kami juga mempunyai ramai pemain yang mampu menghadirkan masalah buat mereka."
Kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur kelmarin bermakna Liverpool kini berkongsi kedudukan teratas dengan Chelsea dalam carta Liga Perdana Inggeris selepas lima perlawanan.
Namun, Robertson berasa masih terlalu awal untuk Liverpool bercakap mengenai kejuaraan selepas The Reds ketinggalan 25 mata di belakang juara, Manchester City, musim lalu.
"Kami beraksi cemerlang dan ia mengujakan," tambahnya.
"Kami memasuki bilik persalinan dengan perasaan sedikit kecewa kerana dibolosi. Ia tidak sepatutnya berlaku.
"Kami harus mengubah corak permainan dan meletakkan diri dalam keadaan tertekan pada dua minit terakhir tatkala ia merupakan satu aksi yang selesa buat Liverpool.
"Jelas sekali melepaskan dua gol dalam lima perlawanan pertama selain mengekalkan rekod tanpa kalah adalah sesuatu yang positif.
"Saya rasa masih terlalu awal untuk memberi kenyataan tentang kejuaraan tetapi kami akan terus melakukannya, memenangi perlawanan dan mengutamakannya."