Cristiano Ronaldo menjangkakan sahabat serta sasaran Barcelona, Neymar, akan kekal di Paris Saint-Germain (PSG).
Penyerang kelahiran Brazil itu merupakan perbualan utama khabar angin perpindahan musim panas ini sejak memberitahu pengurus, Thomas Tuchel, mengenai hasratnya untuk meninggalkan PSG.
Juara LaLiga, Barcelona, dilaporkan telah menawarkan EURO100 juta (RM460 juta), ditambah dengan dua pemain utama pasukan itu, dalam usaha untuk menandatangani semula pemain berusia 27 tahun itu yang meninggalkan Nou Camp dua tahun lalu bagi menyertai PSG.
Bekas majikan Ronaldo, Real Madrid, serta kelab semasanya, Juventus, turut dicanang sebagai destinasi seterusnya buat Neymar.
Bagaimanapun, legenda Portugal itu percaya Neymar berkemungkinan besar akan kekal di Parc des Princes.
Ronaldo memberitahu Marca: "Saya tidak tahu. Dia seorang pemain yang berkualiti dan saya mudah bergaul dengannya. Terlalu banyak perbincangan mengenai Neymar buat masa ini selepas dikaitkan dengan Madrid, Barca dan Juve.
"Ia merupakan tugas media kerana anda perlu menjual surat khabar tetapi saya berasakan dia akan kekal di Paris dan jika tidak, dia akan mencari tempat yang sesuai untuk meluahkan kegembiraannya ketika bermain bola sepak.
"Saya berharap dia dapat mengelak daripada kecederaan kerana terdapat beberapa siri kecederaan yang dialaminya sebelum ini dan memang ia amat membimbangkan.
"Saya bimbang kerana saya gemar melihat Neymar beraksi. Tidak mengira bersama mana-mana pasukan. Sangat penting buat dirinya menjaga tahap kecergasannya dan mengelak daripada sebarang kecederaan. Itu adalah apa yang saya mahukan buat Neymar."
Ronaldo meninggalkan LaLiga 12 bulan selepas Neymar untuk menyertai gergasi Serie A, Juve.
Pemain berusia 34 tahun itu bakal menghadapi musim kedua di Turin dan yang pertama di bawah kendalian pengendali baru, Maurizio Sarri, yang menjanjikan kebebasan buat penyerang itu beraksi di atas padang.
Ronaldo, bagaimanapun, menjelaskan dia tidak akan mengabaikan tugas untuk bertahan dalam usaha mendapatkan trofi Liga Juara-Juara.
"Saya akan melakukan perkara yang sama ketika bersama Real atau tahun pertama ketika beraksi untuk Juve atau Portugal: Saya akan bertahan dan menutup ruang.
"Saya akan menyerang dengan bebas tetapi saya juga akan bertahan bersama pasukan kerana beraksi sebagai satu unit akan memastikan kejuaraan," tambahnya.