Bekas pertahanan Manchester United, Phil Neville, berasakan pengendali, Jose Mourinho, tidak mengambil kisah terhadap kekalahan skuad kendaliannya kepada Arsenal.
Harapan United untuk mengakhiri saingan dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris tercalar apabila tewas kepada The Gunners di Stadium Emirates, dengan Granit Xhaka dan Danny Welbeck berjaya menghasilkan gol untuk membantu pasukan meraih tiga mata penuh.
Tetapi Mourinho telah membuat lapan pertukaran untuk merehatkan pemain yang bakal menghadapi aksi timbal balik separuh akhir Liga Europa (UEL) berdepan Celta Vigo dan Neville berasakan perlawanan berdepan Arsenal bukan keutamaan pengendali itu.
Neville, yang melihat Mourinho tersenyum dan ketawa ketika sesi temubual selepas perlawanan, membuktikan tumpuannya bukan terhadap perlawanan yang melibatkan dua gergasi kelab Inggeris itu.
"Ya, Arsenal menang, akhiri rekod tanpa kalah United tetapi tiada siapa yang ambil peduli -- termasuk pengurus pasukan, Jose Mourinho.
"Ia merupakan kali pertama Arsene Wenger menewaskannya dalam saingan kompetitif, percubaan kali ke-16 selepas 13 tahun. Tetapi melihat Mourinho selepas perlawanan, ia merupakan kali pertama dalam tempoh enam bulan saya melihatnya tidak tertekan dan tersenyum.
"Ia merupakan satu perlawanan yang tidak penting buatnya, aksi separuh akhir UEL berdepan Celta Vigo jelas lebih penting buatnya.
"Aksi pada Ahad lalu adalah perlawanan yang perlu ditempuhi United tanpa sebarang kecederaan oleh mana-mana pemain.
"Ketika saya beraksi untuk Manchester United, Arsenal sentiasa menjadi perlawanan yang sukar dalam setiap musim -- ia merupakan perlawanan berdepan musuh tradisi kami.
"Sekitar 1995 dan 2005, ia sering menjadi perlawanan penentuan siapa yang bakal menjadi juara liga."