Bekas pemain Manchester United, Gary Neville, tidak bersimpati dengan nasib Arsenal yang dilanda krisis kecederaan, lebih-lebih lagi di bahagian serangan selepas Kai Harvertz terpaksa diketepikan hingga akhir musim.
The Gunners perlu bergantung kepada magis Mikel Merino di penghujung permainan untuk menghasilkan kemenangan 2-0 ke atas Leicester City, semalam.
"Mereka perlu membuat sesuatu. Saya tidak begitu bersimpati dengan Arsenal, mereka sudah tahu pada awal musim lagi bahawa mereka kekurangan di bahagian penyerang tengah.
"Mereka sedar bahawa Havertz mungkin cedera dan mereka tahu posisi yang tidak mempunyai kualiti terbaik.
"Mereka pernah menjadi dua pencabar utama kejuaraan jadi mereka sepatutnya tahu bagaimana keadaannya."
"Jadi ini bukan seperti pasukan yang tidak berpengalaman lagi, ini bukan pengurus yang berpengalaman cetek dan ini bukan situasi yang tidak pernah mereka hadapi.
"Adakah mereka tahu bahawa ini boleh berlaku sebelum permulaan musim? Ya, bolehkah ia telah diramalkan? Ya dan kita tahu bahawa jentera serangan Arsenal kurang berbisa selain kekurangan pilihan di bahagian penyerang tengah.
"Saya tidak mengatakan mereka harus pergi dan bersungguh-sungguh membeli seorang penggempur tetapi mereka tahu dalam jendela perpindahan bulan lalu, timbul isu di posisi itu tetapi mereka tidak dapat mengikat sebarang pemain."

Merino at the double! ? pic.twitter.com/2ZzS6YYGVN
— Arsenal (@Arsenal) February 16, 2025