BAYERN MUNICH 0 RB LEIPZIG 0
Manuel Neuer sekali lagi menyuarakan keinginannya untuk kekal di Bayern Munich tetapi mengesahkan belum membuat pengumuman mengenai kontrak lanjutan bersama gergasi Jerman itu.
Kontrak semasa Neuer bersama juara Bundesliga itu -- yang seri tanpa jaringan dengan pencabar gelaran, RB Leipzig, semalam -- akan berakhir pada penghujung musim 2020-21.
Bayern telahpun mengambil langkah untuk mendapatkan pengganti jangka panjang buat Neuer dengan menandatangani penjaga gol Schalke, Alexander Nubel, secara percuma. Pemain berusia 23 tahun itu akan menyertai pasukan pada penghujung musim ini.
Bagaimanapun, Neuer -- yang menyatakan bulan lalu bahawa kehadiran Nubel bakal memberikan impak kepada kedudukannya -- sekali lagi mengulangi pendirian selepas tamat perlawanan berdepan Leipzig.
"Perancangan saya adalah terus bermain untuk Bayern dan Alex Nubel akan bersama kami musim panas ini, maka ia akan diteruskan," kata Neuer kepada Sky Sport.
"Tiada apa yang kita boleh umumkan buat masa ini."
Ketika pihak Neuer dan kelab sedang berbincang untuk kontrak baru, penjaga gol berusia 33 tahun itu kekal fokus untuk mengetepikan cabaran Leipzig, Borussia Dortmund dan Borussia Monchengladbach dalam usaha untuk mempertahankan kedudukan pendahulu Bundesliga.
"Kami mendahului dengan satu mata," katanya. "Anda tidak boleh mengambil satu perlawanan ini untuk menilai pasukan mana yang lebih baik."
Editor: Ammar Hakim

Thx for your support! ?? #FCBRBL@FCBayern pic.twitter.com/pz2GTZs12u
— David Alaba (@David_Alaba) February 9, 2020