FORTUNA DUSSELDORF 1 BAYERN MUNICH 4
Penjaga Gol Bayern Munich, Manuel Neuer, terpaksa berehat lebih kurang dua minggu selepas mengalami kecederaan betis ketika membantu pasukannya menewaskan Fortuna Dusseldorf 4-1, demikian disahkan kelab Bundesliga berkenaan.
Penjaga gol itu tergelincir ketika melakukan hantaran dalam separuh masa kedua di Arena Merkur Spiel, malam tadi, sekali gus memburukkan kecederaan betis yang dialaminya sebelum ini.
Ia merupakan kecederaan yang membelenggu kapten Bayern itu sejak aksi menentang Freiburg dan Heidenheim sebelum ini.
Neuer berkemungkinan akan terlepas sekurang-kurangnya dua daripada lima perlawanan terakhir Bayern musim ini.
Skuad kendalian Niko Kovac itu berkelebihan satu mata di puncak Bundesliga dan akan menantikan kunjungan Werder Bremen sebelum bertandang ke Nurnberg dalam dua perlawanan liga akan datang.
Matt Hummels turut berdepan masalah kecergasan selepas mengalami kecederaan paha pada lewat permainan.
Bayern mengumumkan pertahanan tengah itu akan direhatkan seketika daripada sesi latihan ketika pasukan itu berharap untuk kekal berada di landasan tepat bagi memburu kejuaraan liga ketujuh secara berturut-turut musim ini
Dia jaringan Kingsley Coman serta masing-masing satu daripada Serge Gnabry dan Leon Goretzka memberikan kemenangan selesa buat juara bertahan itu.
Ketua jurulatih, Kovac, mahukan pasukannya mengekalkan prestasi cemerlang sejak menewaskas Borussia Dortmund 5-0, minggu lalu.
"Kami amat serius sepanjang 90 minit dan tidak membenarkan mereka memperoleh banyak peluang.
"Ia merupakan kemenangan dengan keputusan yang tepat.
"Pasukan ini telah melakukannya dengan amat baik.
"Kami kembali ke tangga teratas Bundesliga dan tidak akan melepaskannya lagi," katanya.