Manuel Neuer percaya setiap pemain Jerman mempersoalkan diri sendiri selepas mengharungi Piala Dunia yang mengaibkan tetapi dia dan Julian Brandt menegaskan pasukan sedia untuk melihat ke hadapan dan membutkikan Joachim Low masih mampu memberikan yang terbaik untuk Die Mannschaft.
Pertahanan Jerman dalam saingan Piala Dunia Russia terbukti menjadi kelemahan selepas tersingkir daripada peringkat kumpulan -- tewas 2-0 kepada Korea Selatan memastikan mereka pulang ke Berlin sebelum pusingan kedua bermula.
Skuad kendalian Low itu akan kembali beraksi dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA berdepan juara dunia baru, Perancis, Khamis ini, dan Neuer yakin mereka akan dapat menampilkan persembahan terbaik.
"Selepas mengharungi persembahan yang memalukan, anda mempersoalkan diri sendiri. Saya pasti setiap pemain melakukannya. Setiap pemain memiliki tanggungjawab, sama seperti jurulatih dan seluruh barisan kejurulatihan pasukan," katanya.
Brandt senada dengan penjaga gol itu, dengan berkata, "Saya berasakan terdapat perbincangan mengenai perkara ini.
"Saya yakin kami mampu bangkit selepas ini. Jurulatih telah menepatkan beberapa strategi baru untuk kami gunakan bagi aksi akan datang. Kami tidak akan dimalukan lagi selepas ini.
"Kami mahu bermain baik. Kami sepasukan akan menunjukkan bahawa Low masih lagi mampu mengendalikan pasukan ini dengan sebaik mungkin."