David Neres menegaskan masa depannya adalah bersama juara Eredivisie, Ajax, di sebalik khabar angin sepanjang musim panas ini.
Pemain sayap Brazil, Neres, merupakan sebahagian daripada bintang Ajax yang menjuarai liga dan KNVB Beker musim lalu, sekali gus melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Selepas perpindahan Frenkie de Jong ke Barcelona dan Matthijs de Ligt bakal mengikut jejak langkah rakan senegaranya itu, Neres yakin mahu kekal di Amsterdam.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang baru sahaja memenangi Copa America bersama Brazil, telah dikaitkan dengan Atletico Madrid dan Manchester United tetapi masih lagi memiliki kontrak sehingga 2022.
"Masa depan saya bersama Ajax," kata Neres.
"Saya mahu terus mengembangkan lagi gaya permainan ke peringkat yang lebih tinggi."
Pemain Ajax itu hanya tampil dalam dua aksi pertama Copa America sementara sekadar berada di bangku simpanan sehinggalah aksi final yang menyaksikan skuad kendalian Tite itu menewaskan Peru 3-1 untuk merangkul gelaran buat kali kesembilan.
Namun, dia masih lagi berpandangan kempennya dalam Copa America kali ini merupakan satu pengalaman yang positif.
"Sukar untuk menerima bahawa anda telah kehilangan tempat," kata Neres lagi. "Saya telah mencuba yang terbaik tetapi masih belum cukup. Tetapi saya sebahagian daripada skuad yang berkualiti.
"Ia merupakan pencapaian terbaik saya bersama skuad kebangsaan. Ia merupakan impian buat saya dan semua pemain."