Skip to main content

Bola Sepak

Nenad Bacina mula latih Kuala Lumpur City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nenad-bacina.jpg
Pemain Kuala Lumpur (KL) City, Zhafri Yahya, teruja dengan kehadiran ketua jurulatih baru yang mula mengendalikan pasukan hari ini sebagai persiapan bertandang ke laman Selangor FC yang melibatkan perlawanan 'derby' Lembah Klang, Liga  Super, Selasa ini. 

Zhafri menyifatkan peralihan itu sebagai bukanlah situasi janggal memandangkan Nenad Bacina bukan lagi asing dengan Warga Kota yang menyaksikannya pernah bertindak sebagai penolong kepada Bojan Hodak dalam musim 2021 dan 2022 sebelum berpisah sementara apabila khidmatnya ditagih kelab Al-Fayha di Arab Saudi.

"Setiap jurulatih ada falsafah tersendiri dan setiap pemain perlu menerapkan apa yang dimahukan. 

"Dia pernah bersama kami selama dua tahun kemudian kembali lagi. 




"Serba sedikit kami memahami apa yang dia nak dan sebagai ketua jurulatih, dia ada karakter tersendiri untuk ditunjukkan kepada pasukan," katanya dalam sesi latihan di Cheras hari ini. 

Tambahnya lagi, tanpa pemain sensasi, Faisal Halim, ini tidak bermakna KL City boleh menjangkakan laluan mudah diberikan Gergasi Merah.

"Ramai pemain mampu menggantikan tempatnya dan siapa jua yang diturunkan Selangor, kami sudah bersedia untuk hadapinya," katanya. 

 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video