Negeri Sembilan FC memerlukan tambahan pemain import bagi memastikan skuad Rusa mampu berdaya saing dengan pasukan besar Liga Super selepas tunduk 1-2 kepada Selangor FC dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, malam tadi.
Malah, pengendali Negeri Sembilan, K Devan, berkata pemain Hoben Jang Hoben telah berusaha menyaingi Selangor kendalian Tan Cheng Hoe oti yang tampil dengan aksi lebih baik dalam perlawanan tersebut.
“Separuh masa pertama kami menyerang dan bertahan dengan baik serta menjaringkan gol menerusi bola mati.
“Namun, pemain saya keletihan, saya tidak boleh minta lebih berdasarkan komitmen yang diberikan setiap pemain di padang dalam perlawanan ini.
“Saya terpaksa mengeluarkan Safuwan Baharudin walaupun dia masih boleh bermain lagi selain Levy Madinda dan Casagrande dikeluarkan apabila saya memikirkan perlawanan-perlawanan selepas ini.
“Kualiti import memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan terutama dalam perlawanan berkeamatan tinggi seperti menentang Selangor,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Sebagai rekod, Negeri Sembilan menggunakan khidmat lima pemain import -- Herold Goulon, Casagrande, Safuwan Baharudin, Levy Madinda dan Vinicius Leonel bagi saingan musim ini.
Ditanya mengenai perancangannya da;a, jendela perpindahan pemain selepas ini, Devan menyerahkan perkara itu kepada pengurusan kelab.
“Secara peribadi situasi sekarang memerlukan pemain lokal untuk bekerja lebih keras yang saya bimbang pemain tidak mampu bertahan sampai hujung musim.
“Sekiranya berlaku beban kerja terlalu banyak, ia bakal mengundang risiko kecederaan kepada pemain-pemain yang akhirnya tidak mampu mengakhiri saingan musim ini.
“Situasi sekarang masih awal musim lagi, itulah sebab kami memerlukan skuad yang lebih besar bagi melakukan penggiliran dan merehatkan pemain,” katanya.
Mengenai status Vinicius Leonel yang masih belum berada dalam kesebelasan utama, Devan memaklumkan pemain pertahanan itu masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan bersama pasukan Negeri Sembilan.
“Vinicius Leonel hadir di tahap kecergasan yang kurang memuaskan sebelum ini.
“Namun, dia kini sudah cergas tetapi masih memerlukan perlawanan persahabatan berkeamatan tinggi sebelum diturunkan dalam perlawanan sebenar,” katanya.
Kredit: Sinar Harian