NEGERI SEMBILAN 2 SARAWAK UNITED 1
Pendatang baru Liga Super, Negeri Sembilan, mengambil alih kedudukan teratas selepas mengatasi Sarawak United 2-1, sebentar tadi.
Anak buah K. Devan itu merampas puncak liga daripada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) -- selepas mengharungi enam perlawanan -- empat kemenangan sementara Harimau Selatan mengutip mata penuh selepas empat aksi.
Bagaimanapun, tiga mata di Stadium Sarawak itu tidak datang dengan bergolek apabila mereka berjaya mengekang segala asakan lawan dan sempat ketinggalan dalam separuh mata kedua.
Tetapi defisit itu ditebus menerusi jaringan sepakan penalti Herold Goulon dan Matheus Alves dalam tempoh empat minit.
Sementara itu, penyokong Kedah Darul Aman berputih mata apabila dihukum gol lewat Ifedayo Olusegun.
Pelawat perlu bangkit dua kali untuk mengatasi Kedah 3-2 di Alor Setar selepas cuba mendominasi babak kedua.
Namun, kelincahan Norshahrul Idlan Talaha dari sayap kiri membuka ruang untuk pemenang Kasut Emas musim lalu itu meledak gol kemenangan dengan tandukan biarpun terlebih dahulu dihampakan oleh kegopohan sendiri ketika memiliki peluang terbuka di depan gawang.