Skip to main content

Bola Sepak

Negeri Sembilan FC tidak panik pramusim kurang memberangsangkan

negeri-sembilan-fc.jpg
Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz, yang menegaskan fokusnya dan barisan kejurulatihannya kini untuk memperkasakan keserasian dan persefahaman dalam kalangan pemain menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M).

Dia mengakui berpuas hati dengan persiapan pramusim yang dilalui skuad Jang setakat ini meskipun tewas enam daripada tujuh perlawanan sambil menganggap banyak kelemahan yang telah dikenal pasti dan perlu diperbaiki segera anak buahnya.

Dan ketika ditanya mengenai sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan Negeri Sembilan untuk musim ini, Azzmi optimis pasukannya mampu mencatatkan keputusan lebih baik berbanding musim lalu yang menyaksikan mereka menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kesembilan menerusi 27 mata hasil enam kemenangan, sembilan kali seri serta 11 kali tewas.

"Kami realistik dengan sasaran berdasarkan bajet yang dikurangkan separuh daripada musim lalu, ia perlu menjadi faktor yang perlu diambil kira. 




"Daripada segi persembahan, kami masih di landasan tepat untuk berkembang. 

"Kami masih mencari keserasian sebab pemain import terakhir kami musim ini, Mika Junco, baru sahaja sampai. 

"Peminat juga masih positif. Kami percaya menjelang hari perlawanan dan sebaik liga bermula, kami menjangkakan tahap persembahan pasukan akan terus meningkat," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

 

Advertisement

Must Watch Video