Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Negeri Sembilan bernasib baik, JDT belum tampil aksi terbaik, kata bekas pemain negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-ns.jpg
Bekas pemain bola sepak tempatan, Shahrom Kalam, melihat Negeri Sembilan bernasib baik tidak dibolosi lebih banyak jaringan dalam separuh masa pertama ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT).

Negeri Sembilan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan kedua Liga Super berdepan juara bertahan. 

Dua gol Bergson dalam separuh masa pertama tidak cukup untuk menterjemahkan permainan terbaik JDT sementara mereka dibolosi satu gol daripada Negeri Sembilan menerusi Hein Htet Aung.

Bercakap dalam menerusi rancangan separuh masa, Shahrom Kalam berkata, "Saya berpandangan Negeri Sembilan bernasib baik, tidak dinafikan corak mereka bermain dengan corak bertahan dalam separuh masa pertama."

Zaquan Adha yang turut menjadi tetamu rancangan, senada dengan Shahrom menjelaskan, "JDT masih lagi menampilkan permainan terbaik mereka dan persoalannya berapa lama mereka mampu bertahan dalam separuh masa kedua?"  

 

Advertisement

Must Watch Video