Jurulatih Negeri Sembilan, Zaki Sheikh Ahmad, optimis pasukannya masih mampu meloloskan diri ke suku akhir Piala Malaysia walaupun mengalami kekalahan ketiga, malam tadi.
Menurut pengendali berpengalaman itu, baki tiga aksi timbal balik dalam Kumpulan A perlu dihadapi Negeri Sembilan dengan misi wajib menang.
Keputusan seri PKNS FC dan Kedah, kelmarin, juga membantu Sang Rusa kembali menghidupkan sisa perjuangan mencari mata pertama.
"Pemain-pemain akan dipastikan berjuang sehingga keringat terakhir.
"Dengan memperbaiki kepincangan pasukan, saya lihat kami ada peluang lagi," katanya selepas menyaksikan kekalahan 1-3 kepada Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu.
Dalam aksi tersebut, skuad Jang ketinggalan menerusi dua jaringan Kipre Tchetche pada minit ke-42 dan 56 sebelum Igor Luiz (m-66) mengurangkan defisit gol.
Dengan tuan rumah mula hilang penguasaan, Negeri Sembilan sebaliknya gagal menyamakan kedudukan sehingga Tchetche melengkapkan hatrik pada minit ke-86.
Zaki menjelaskan mereka boleh mengimbangi permainan selepas jaringan Luiz, namun pelawat dihampakan ketumpulan penyudah.
Kesilapan ketika berdepan situasi bola mati juga, jelasnya, masih diulangi semenjak mengambil alih tugas jurulatih untuk kempen Piala Malaysia ini.
"Ketika kedudukan 1-2, kami sudah dapat keyakinan dan ada beberapa peluang yang gagal disudahkan.
"Keseluruhannya, saya tetap berpuas hati dengan corak permainan pemain-pemain yang menunjukkan kesungguhan," tambahnya lagi.
Kredit foto: Liga Bolasepak Malaysia (MFL)