Skip to main content

Bola Sepak

Negeri Sembilan bakal lakukan transformasi, nasib Nanthakumar kini jadi tanda tanya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nantha-kumar.jpg
Selepas menerima pelbagai kritikan terhadap prestasi sepanjang musim Liga Super 2024/25, Negeri Smebilan nampaknya terpaksa melakukan rombakan drastik demi melihat ada perkembangan baharu yang mampu ditampilkan oleh skuad bimbingan K. Nanthakumar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus, skuad itu kini bakal melalui transformasi dan telah memberi bayangan awal sebagai persediaan menghadapi musim baharu yang akan datang.

Menurut Faliq, Negeri Sembilan berkemungkinan bakal mendapatkan khidmat beberapa tonggak daripada skuad kebangsaan ke dalam skuad itu nanti.

"Insyallah musim depan akan ada dua atau tiga pemain kebangsaan akan bersama kita, juga beberapa pemain import dari Jepun hasil kolaborasi dengan kelab luar negara yang bakal dimeterai dalam masa terdekat." Katanya.

Selauin itu beberapa pemian import yang sedia ada juga masih dikekalkan dalam skuad Negeri Sembilan.

Beliau bersama pengurusan kelab katanya akan terbang ke Jepun bulan depan untuk mengadakan perjanjian persefahaman (MOU) bersama beberapa kelab daripada negara mata hari terbit itu.

Faliq turut menegaskan komitmen pengurusan dalam memperbaiki kelemahan yang ada termasuk aspek fasiliti, struktur organisasi dan juga pastinya kualiti pemain yang perlu dipertingkatkan.

"Kita sedang menunggu kelulusan untuk memulakan kerja pembinaan pusat latihan sendiri. Penaja sudah ada dan selepas musim ini tamat, kita akan teruskan dengan kerja-kerja awal."Katanya lagi.

Beliau juga tidak menafikan prestasi semasa yang ditunjukkan oleh skuad Jang Hobin pada musim sememangnya mengecewakan berikutan beberapa faktor kekurangan.

Namun Faliq tidak menyatakan secara jelas berkenaan status terbaharu Ketua Jurulatuh Negeri Sembilan, K.Nanthakumar akan terus dikekalkan atau sebaliknya.

Bagaimanapun dalam masa yang sama beliau tidak menolak sebarang kemungkinan.

"Ada calon-calon yang sudah dikenal pasti. Keputusan samada nak kekal atau tidak ia akan diumumkan nanti." Jelas Faliq secara ringkas.

Faliq berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Momerandum Persefahaman (MoU) dengan Universal Sports iaitu pengedar rasmi jenama Warrix, Dydem dan Victor sebagai penaja rasmi jersi pasukan iotu bagi dua musim akan datang.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video