Skip to main content

Bola Sepak

Navas: Keinginan untuk berpindah sama seperti mahu mati

keylornavas-cropped_1r1kaulcvr2zz1lunmujedar7c.jpg
Penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas, bertekad untuk kekal bersama juara Eropah itu walaupun pihak kelab telah mengesahkan kehadiran Thibaut Courtois.

Navas membantu Los Blancos memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara Eropah berturut-turut tetapi masa depan pemain Costa Rica itu menjadi persoalan selepas Madrid mencapai persetujuan dengan Chelsea.

Bintang Belgium, Courtois, akan menandatangani kontrak selama enam tahun di Santiago Bernabeu tetapi Navas tidak bercadang untuk berpindah.

"Sudah tentu, jika saya perlu, keinginan saya untuk berpindah menyamai kemahuan untuk mati," kata Navas.

Navas menyertai Madrid dari Levante pada 2014 selepas kelab gergasi LaLiga itu mengaktifkan klausa perpindahannya bernilai EUR10 juta (RM47 juta).

Masa depannya sentiasa menjadi sebutan selepas Madrid cuba mendapatkan khidmat penjaga gol Manchester United, David De Gea, tetapi pemain berusia 31 tahun itu tetap memainkan peranan penting buat Los Blancos.

Sejak tiba di Madrid, Navas telah memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara Eropah serta Piala Dunia Kelab, dua kali menjulang Piala Super Eropah dan masing-masing satu untuk LaLiga serta Piala Super Sepanyol.

Advertisement

Must Watch Video