"Saya mahu jaringkan gol lagi.”
Itu reaksi pertahanan Terengganu, Nasrullah Hanif Johan, apabila bertekad untuk mengulangi aksi cemerlang bagi memastikan skuad Peteh meraih keputusan positif ketika berdepan Felda United di Kuala Terengganu, malam ini, untuk mara ke separuh akhir.
Nasrullah, yang mesra dengan panggil Anas, mencetus sensasi apabila sentuhan pertamanya menghasilkan jaringan buat Terengganu dalam perlawanan suku akhir pertama di Jengka, Jumaat lalu, selepas masuk mengggantikan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris yang mengalami kecederaan pada minit ketujuh.
Jaringan itu membantu pasukannya melakar kemenangan 2-1 dan Nasrullah mengakui menyimpan hasrat untuk sekali lagi merobek gawang lawan tatkala kedua-dua pasukan berentap dalam aksi timbal balik, malam ini.
"Persediaan dilakukan lebih gigih. Masuk sebagai pemain simpanan dan dapat menjaringkan gol, jadi jika ada peluang, saya harap dapat melakukan perkara sama dan layak ke separuh akhir," kata Nasrullah.
Pemain berusia 28 tahun dari Negeri Sembilan itu akan mengambil tempat Amirzafran bagi mengemudi bahagian pertahanan bersama Igor Zonjic untuk aksi di Kuala Terengganu.
Optimis untuk menjelmakan aksi ampuh, Nasrullah mengakui penyerang import The Fighters, Gilberto Fortunato, perlu dirantai rapi bagi memastikan kelebihan kekal memihak pasukannya.
"Walaupun Felda beraksi tanpa Thiago Fernandes, kami tetap tidak berdepan cabaran mudah, lebih-lebih lagi mengekang aksi Fortunato.
"Mereka juga pasti datang ke sini untuk menang dan tidak memberi peluang, jadi kami harus beraksi pada tahap terbaik."