BOLA SEPAK
Nasri direhatkan elak risiko kecederaan hamstring berulang
Samir Nasri bakal terlepas aksi bersama Sevilla untuk pertemuan LaLiga dengan Valencia di laman sendiri serta kunjungan ke Formentera dalam Piala Copa del Rey ekoran masih bergelut dengan kecederaan hamstring.
Pemain Perancis itu ditimpa kecederaan itu dalam kemenangan ke atas Sporting Gijon pada 29 Oktober lalu, namun membuat penampilan mengejut seminggu kemudian ketika berdepan Barcelona.
Akibat risiko yang diambil itu, pemain berusia 29 tahun tersebut terlepas perlawanan bertemu Deportivo dan Juventus akibat kecederaan berulang.
Iklan
Justeru, Sevilla berhasrat untuk mengambil pendekatan untuk tidak membebankan pemain tersebut.
"Samir Nasri akan meneruskan pemulihannya minggu depan, kakitangan perubatan Sevilla memutuskannya selepas menganalisis perkembangan pemain tengah itu selama beberapa hari yang lalu," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.
"Nasri yang menderitai kecederaan hamstring ketika menentang Sporting Gijon, mempercepatkan proses pemulihannya bagi mengambil bahagian dalam aksi bertemu Barcelona.
"Ini menjejaskan pemulihannya secara sempurna serta meminggirkannya daripada aksi menentang Deportivo dan Juventus.
"Selepas menilai situasinya, keputusan telah dicapai supaya dia fokus untuk pulih selama seminggu. Nasri akan terlepas perlawanan menentang Valencia dan Formentera."
Nasri telah membuat 10 penampilan bersama Sevilla sejak dipinjamkan dari Manchester City pada awal musim ini.
Must-Watch Video