Nasib penyerang import Terengganu FC (TFC), Tchetche Kipre, menjadi tanda tanya ekoran kegagalan pemain itu beraksi di tahap terbaik dan gagal membantu pasukannya musim ini.
Adalah tidak pelik jika nama Kipre tiada lagi dalam keutamaan TFC selepas ini.
Ditambah dengan tempoh yang semakin hampir dengan jendela perpindahan kedua, Kipre perlu melakukan sesuatu.
Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim, tidak menafikan akan menyingkirkan pemain itu andai dia gagal memperbaiki prestasinya dalam dua perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super musim ini.
"Dia memiliki beberapa peluang di depan gol, namun masalah utama adalah dia tidak dapat meletakkan bola itu ke dalam gol.
"Sudah ada peningkatan dalam persembahannya tetapi kegagalan menjaringkan gol kekal menjadi masalah utama.
"Dia merupakan pemain (penyerang) utama kami dan sekiranya dia gagal menjaringkan gol, ia akan menjejaskan pasukan," katanya.
Sebagai penyerang utama TFC, aksi Kipre tidak segah harapan yang disandarkan kepadanya.
Sepanjang saingan musim ini, Kipre masih gagal mencetak sebarang jaringan dan kegagalan itu memberikan tekanan buat TFC yang semakin tergelincir daripada kelompok atasan liga.
"Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan tentang apa yang harus dilakukan terhadap beberapa pemain.
"Secara mudahnya, kami perlu menggugurkan beberapa pemain untuk membawa perubahan dalam pasukan ini.
"Jika tidak, perkara sama akan berulang," tambahnya.