Skip to main content

Bola Sepak

Napoli sambar penggempur Azzurri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

verdi.jpg
Napoli mengesahkan telah mengikat pemain antarabangsa Itali, Simone Verdi, dari Bologna.

Pemain berusia 25 tahun itu bersetuju dengan perjanjian lima tahun untuk bergabung dengan jurulatih baru, Carlo Ancelotti, yang dilantik sebagai pengganti Maurizio Sarri bulan lalu.

Bakat Verdi digilap menerusi akademi AC Milan, namun hanya sempat membuat dua penampilan untuk kelab itu sebelum beralih ke Torino.

Dia kemudian berkelana ke Carpi dan Empoli serta pengalaman singkat dalam LaLiga bersama Eibar. 

Verdi menghabiskan tempoh dua musim lalu dengan Bologna yang menyaksikannya menyumbat 10 gol dalam 34 penampilan Serie A pada musim 2018.

Verdi telah tampil empat kali untuk negaranya dan kali terakhir terbabit dalam pertembungan persahabatan dengan Belanda, Rabu lalu. 

Advertisement

Must Watch Video