"Bukan senang jadi Arif Aiman".
Itu perkongsian Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025, Arif Aiman Hanapi, yang berkongsi perit jerih yang dilaluinya dalam tempoh empat tahun sejak mula merangkul anugerah berprestij itu pada 2021.
Dia mendedahkan kehidupannya berbeza berbanding orang lain, malah bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 23 tahun itu percaya keadaan sedemikianlah yang banyak membantunya kekal ketekalan hingga kini.
Arif Aiman yang mesra disapa 'Messi' dalam kalangan pemain muncul pemain pertama dinobatkan sebagai MVP Liga-M buat kali keempat berturut-turut, malam tadi.
"Saya sendiri tidak percaya menang empat kali berturut-turut.
"Saya memang berbangga dengan kemenangan selama ini.
"Mungkin persepsi penyokong atau peminat menganggap ia mudah -- mungkin mereka anggap saya akan menang lagi pada tahun ini.
"Tetapi betapa bergelutnya saya dan penat lelah saya berusaha untuk sampai ke tahap ini ialah saya tahu macam mana.
"Ini satu permulaan bagi saya. Saya tidak akan berhenti di sini sahaja," katanya di Nadi Arena.
Dia mengatasi rekod sendiri dan bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, yang mendominasi anugerah itu sebanyak tiga kali dari 2010 hingga 2012.
Tonggak Harimau Malaya itu pada malam tadi turut merangkul Anugerah Pemain Tengah Terbaik setelah mengatasi Safawi Rasid dan Stuart Wilkin.
"Tahun ini agak mencabar, banyak perlawanan penting , baik (di peringkat) antarabangsa dan domestik.
"Memang sukar (dalam soal) mental dan fizikal.
"Saya kena jaga makan, kena lawan diri sendiri dan jaga rehat.
"Saya juga manusia biasa, kadang-kadang ada mood OK dan tidak, ada masalah juga.
"(Namun) saya sentiasa bersemangat dan fokuskan kerjaya," katanya.