Skip to main content

Bola Sepak

Nama Bale terukir dalam sejarah Real Madrid -- Ancelotti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gareth-bale_iphwsdvioxsu1fe6r27gblgtf.png
Carlo Ancelotti mengesahkan Gareth Bale akan meninggalkan Real Madrid apabila kontraknya tamat bulan depan sambil memuji penyerang itu yang kekal 'sebahagian daripada sejarah' di Santiago Bernabeu.

Madrid menamatkan kejuaraan LaLiga dengan baki empat perlawanan dan melayan kunjungan Real Betis pada hari perlawanan terakhir musim liga, dengan perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool akan menyusul pada 28 Mei di Paris.

Peranan Bale dalam kejayaan mereka sehingga ke tahap ini sangat terhad, hanya membuat tujuh penampilan dalam semua pertandingan musim ini, dengan jumlah hanya 290 minit beraksi.

Pemain antarabangsa Wales itu, yang berharap untuk layak ke Piala Dunia apabila negaranya menentang Ukraine atau Scotland dalam perlawanan akhir play-off pada 5 Jun, dijangka meninggalkan Madrid apabila kontraknya tamat pada penghujung musim, dan Ancelotti mengesahkan itu berlaku pada hari Khamis.

Bale telah memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara sepanjang tempoh sembilan tahun di ibu negara Sepanyol itu, menjaringkan tiga gol terakhir.

Tetapi penghijrahannya akan menandakan berakhirnya tempoh bergelora di Madrid, dengan komitmen Los Blancosnya kerap mendapat perhatian daripada Madridistas dan akhbar Sepanyol.

Ancelotti tidak dapat menjanjikan Bale penampilan perpisahan terakhir di Bernabeu kerana masalah kecederaan berterusan, tetapi pemain Itali itu menegaskan nama pemain berusia 32 tahun itu akan terukir dalam buku sejarah Madrid.

"Bale tidak 100 peratus cergas, dan dia tidak akan berada dalam skuad. Esok saya akan memilih sama ada dia berada di bangku simpanan atau di tempat penonton," kata Ancelotti.

Ditanya mengenai masa depannya, Ancelotti menambah: "Kontrak tamat, dan dia akan pergi. Ia tidak begitu penting jika dia bermain esok. Bale adalah sebahagian daripada sejarah kelab ini. Dia akan kekal dalam ingatan semua peminat Madrid.

"Dia penting dalam Decima [kemenangan Liga Juara-Juara ke-10 kelab], di Kyiv, dalam Copa del Rey. Dia telah menulis halaman penting dalam sejarah kelab ini, dan kami perlu mengambil kira perkara itu."
   

Advertisement

Must Watch Video