Skip to main content

Bola Sepak

Nak perubahan tetapi mindset masih zaman purba, negara jiran semua sudah jauh ke hadapan -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj-santokh.jpg
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, membalas kritikan dengan revolusi bola sepak Harimau Malaya yang ketika ini digambarkan seperti tiada identiti.

Menerusi laporan Stadium Astro semalam, legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, berasakan revolusi Harimau Malaya bagaikan tiada identiti.

Perkara ini merujuk kepada kebergantungan terhadap pemain naturalisasi dan warisan yang beraksi di luar negara sehingga mengetepikan bakat tempatan.

Pemerhati bola sepak, Hasnizam Uzir membalas laporan tersebut dengan berkata "Ambik knowledge dan ubah mentality kita. Buang ego sebab dulu lain sekarang lain. Nak buat SMART tunnel pun kita belajar dari org luar. Kerja demgam efesien/kreatif ini perlu dibuktikan. Kita support apa yang TMJ @HRHJohorII lakukan ini dulu. Dah ada ILMU yg cukup baru boleh gerak sendiri."

TMJ membalas ciapan Hasnizam, baginda berkata, "Semua bercakap macam kita ni juara World Cup. Nak perubahan tetapi mindset still zaman purba. Indonesia, Thailand, Vietnam dah jauh. Semua upgrade fasiliti bola dan adopt foreign expertise. Kita setakat bercakap aja."
 
 

Advertisement

Must Watch Video