Skip to main content

Bola Sepak

Nak lawan Faisal Halim -- Penyerang Indonesia mahu hukum Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sananta.jpg
Penyerang kebangsaan Indonesia, Ramadhan Sananta, melaungkan amaran kepada Selangor selepas dirinya mengumumkan ketibaan dengan menjaringkan satu gol bertemu PDRM, minggu lalu. 

Sudah pasti, misi tersendiri adalah untuk menambah koleksi jaringan, namun lebih penting memburu kemenangan pertama bersama pendatang baharu dari Brunei, Duli Pengiran Maha Mulia (DPMM), yang kecewa gagal membawa pulang tiga mata penuh meskipun mendahului dengan 2-0 di Selayang, Sabtu lalu. 

Bertemu Selangor di tempat lawan sambil mengakui kualiti yang dimiliki, Ramadhan Sananta mahu memastikan kesilapan sama tidak berulang lagi, sebaliknya berhasrat menghadiahkan mimpi ngeri buat naib juara Liga Super musim lalu itu.

"Antara salah seorang pemain yang saya tidak sabar untuk lawan adalah Faisal Halim, jadi ini kali pertama DPMM bakal menentang Selangor dan kami semua sudah bersedia sebaiknya.

"Kalau boleh saya mahu menjaringkan gol lagi, cuma saya tidak mahu ingat jaringan ketika lawan PDRM keranma mahu elak daripada tekanan yang tidak sepatutnya.

 

"Ada sedikit perubahan taktikal yang jurulatih terapkan untuk malam ini sebab banyak sebenarnya kesilapan tempoh hari terutamanya daripada segi komunikasi yang kurang.

“Apa pun, kita sedar ini adalah pasukan baharu dan kita harap segala kekurangan yang ada dapat ditambah baik untuk aksi-aksi akan datang”, katanya.

Sementara skuad kendalian Katsuhito Kinoshi turut mahu mengubati duka tewas dalam Perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah ketika tunduk kepada Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Kedua-dua pasukan dalam misi merebut kemenangan sulung liga.  

Advertisement

Must Watch Video