Skip to main content

Bola Sepak

Nagelsmann gesa Bayern lupakan dua aksi hambar

nagelsmann.jpg
Julian Nagelsmann menuntut peningkatan prestasi daripada Bayern Munich dan menegaskan pasukannya tidak boleh terbawa-bawa dengan kekecewaan selepas dua persembahan hambar. 

Penyandang juara Bundesliga itu tetap unggul di puncak dengan enam mata di depan pencabar terdekat, Borussia Dortmund, walaupun tewas 2-4 di Bochum, minggu lalu.

Skuad kendalian Nagelsmann itu menyusuli kekalahan berkenaan dengan satu lagi prestasi kurang memuaskan di Salzburg, pertengahan minggu ini yang menyaksikan jaringan lewat Kingsley Coman memastikan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).

Bekas pengurus RB Leipzig itu meluahkan kekecewaannya terhadap prestasi anak buahnya berkenaan baru-baru ini tetapi menjangkakan pasukannya akan bangkit apabila bertandang ke Furth, malam esok. 

"Kami mahu kekal kritikal dan telah menetapkan tuntutan tertentu daripada segi kejayaan," kata Nagelsmann kepada pemberita dalam sidang akhbar pra-perlawanan malam tadi. 

"Kami perlu menyokongnya tetapi kami juga tidak boleh membiarkan diri sendiri berpecah-belah. Segalanya ada pasang surutnya dan ia boleh berubah dengan pantas. 




"Memang kami kecewa kerana sudah tidak menang dua perlawanan tetapi pemenang esok belajar daripada kekalahan hari ini.

"Kami sempat mengadakan perbincangan terperinci selepas perlawanan menentang Bochum. Kami tidak menjaringkan gol awal dalam separuh masa kedua, begitu yang terjadi di Salzburg. Tetapi kemahuan jelas ada. Saya benar-benar berpuas hati, saya yakin sebagai pemain Bayern, anda dituntut untuk berjaya.

"Dan itu juga harus membangkitkan semangat kami. Kami kecundang kepada sebuah pasukan yang tidak bercita-cita untuk ke UCL. Ia sepatutnya cukup untuk menjadi amaran kepada kami. Kami semua seiring."

 

Advertisement

Must Watch Video