Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain, memberikan bayangan akan meninggalkan tugas membimbing Sang Penyu sebaik kontraknya tamat pada 30 November ini.
Jurulatih berusia 44 tahun itu mengakui terkilan dan kecewa dengan sikap tidak profesional pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) berhubung tawaran lanjutan kontrak yang diserahkan kepadanya pada 29 Oktober lalu.
Katanya, surat tawaran lanjutan kontrak itu bertarikh 27 Oktober namun dia hanya menerimanya dua hari kemudian, iaitu pada 29 Oktober oleh 'kitman' pasukan itu di padang latihan.
"Jika tidak mahu mengekalkan khidmat saya, mereka seharusnya lakukan dengan cara terhormat dan baik. Sebaliknya, apa yang dibuat seperti melepaskan batuk di tangga," katanya dalam sidang media selepas perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Kuala Terengganu semalam.
Nafuzi berkata, dia akan menyerahkan jawapan berhubung tawaran kontrak itu kepada pengurus pasukan berkenaan hari ini.
"Tempoh 14 hari diberikan kepada saya tamat hari ini (semalam). Jadi saya akan serahkan jawapan esok (hari ini). Apa jua keputusan adalah yang terbaik untuk semua pihak.
"Apa jua keputusan saya esok tidak akan menjejaskan persiapan kami dan saya berjanji kepada penyokong setia TFC untuk membawa pasukan ini ke final Piala Malaysia," ujarnya.
Dalam pada itu, Nafuzi turut memberitahu dia tidak dipanggil untuk berbincang secara bersemuka bersama pihak pengurusan mengenai hala tuju, persiapan atau perancangan musim baru bagi memantapkan pasukan berkenaan.
Selain itu, katanya, indeks prestasi utama (KPI) yang diletakkan juga tidak mengambil kira pandangannya, malah beliau mengakui situasi sama turut dialami hujung tahun lalu.
"Bagi saya tidak timbul isu gaji, sebaliknya saya ingin melihat sejauh mana saya dan pemain dihargai setelah muncul naib juara Liga Super dan Piala FA serta mara ke Piala AFC.
"Bagi saya, sambung (kontrak) atau tidak adalah lumrah buat pemain mahupun jurulatih. Namun, sebagai kelab yang diuruskan orang profesional, ini tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.
Kredit: Sinar Harian