Skip to main content

Bola Sepak

Nadi Bola: PDRM buru tiga mata seterusnya

paklong.jpg
Kerancakan Liga Super Malaysia 2024/25 diteruskan minggu ini membabitkan antara juara Piala Cabaran, PDRM, menentang pasukan utara tanah air, Penang.

Skuad kendalian P.Maniam komited demi mengutip tiga mata seterusnya selepas berjaya bangkit mengatasi Perak di Stadium Perak, Ipoh, minggu lalu.

Namun, skuad Sang Saka Biru itu di jangka menurunkan kesebelasan utama yang berbeza ekoran beberapa pemain yang mengalami kecederaan dan kurang cergas.

"Saya gembira semua pemain mula memahami taktikal yang diterapkan di sebalik sedang membina keserasian yang baik.

"Kita perlu konsisten bermain secara berintensiti tinggi dan mengelakkan sebarang kesilapan mudah berlaku supaya tidak mudah dihukum," kata ketua jurulatih PDRM, P.Maniam.
 

Advertisement

Must Watch Video