Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Nadi Bola Jom Ngejoss: Kedah mahu tiga mata di depan penyokong sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nadi.jpg
Minggu ketiga perlawanan Liga Super 2024/25 membabitkan dua pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman (KDA) dan Perak.

Dalam satu segmen Nadi Bola di Astro Arena, bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan, menegaskan bahawa skuad Seladang itu masih memegang status sebagai pasukan 'underdog' namun mampu memberikan saingan.

Bekas pemenang kasut emas Liga Super itu mahu Perak bermain sebagai satu pasukan bukan mengharapkan kelebihan individu semata. Pemain perlu kerap memberikan sokongan untuk membantu antara satu sama lain.

Dalam masa sama, tumpuan turut terarah kepada pasukan tuan rumah, KDA, yang akan bermain di tempat sendiri selepas dua perlawanan pertama bermain di tempat lawan.

"Kami menganggap aksi bertemu skuad kendalian Yusri Che lah sangat penting kerana kami mahu mengutip tiga mata penuh selepas dikecewakan oleh Selangor, tempoh hari.

"Saya berhasrat untuk membantu Sang Kenari kerana keinginan saya untuk menjaringkan gol untuk membantu meraih kemenangan," kata penyerang Kedah, Milos Gordic, ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisement

Must Watch Video