Skip to main content

Bola Sepak

Muzium Cristiano Ronaldo jadi tarikan terbaru di Hong Kong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo memilih Hong Kong untuk melancarkan jelajah CR7® LIFE Museum yang pertama di Asia. 

Muzium -- yang tarikh pembukaannya belum diumumkan -- itu akan dibuka selama setahun dan dijangka memapu menarik seramai 12 juta pengunjung sebelum beralih ke lokasi baru di China.

Ia akan menempatkan 40 barangan peribadi milik bintang Portugal itu termasuk jersi, trofi Ballon d'Or dan Kasut Emas, malah bilik tidur zaman kanak-kanak juga dijadikan replika. 

Ini kali muzium kedua yang bersempena pemain itu dibuka sementara Museu CR7 yang terletak di tempat kelahirannya, Madeira, telah dibuka sejak 2013 dan kemudiannya dinaiktaraf menerusi kemudahan hotel Pestana CR7.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video