Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi, berasakan dia tidak akan dapat beraksi lagi musim ini selepas mengalami kecederaan patah tendon Achilles ketika terikat 2-2 dengan Burnley di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Aksi penuh menghiburkan itu berakhir malang buat Chelsea apabila Hudson-Odoi terpaksa dikeluarkan manakala N'Golo Kante turut mengalami nasib sama selepas berdepan hentakan di rusuk menjelang waktu rehat.
Ketika kecederaan Kante dilihat tidak terlalu serius, perkara berbeza dilalui pemain berusia 18 tahun itu.
Walaupun pemeriksaan dan imbasan diperlukan untuk mengetahui sejauh mana tahap kecederaannya, Hudson-Odoi -- yang dilihat meninggalkan Stamford Bridge dengan topang dan pelindung kaki -- menulis dalam laman Twitter rasminya bahawa musimnya sudah berakhir.
"Saya amat kecewa untuk menamatkan musim dengan Achilles yang patah.
"Saya perlu berusaha keras dan mencuba untuk kembali dengan lebih kuat musim depan!" katanya.
Penolong jurulatih, Gianfranco Zola -- yang menggantikan tempat Maurizio Sarri dalam sidang media selepas pengurus itu diarahkan keluar padang dalam waktu kecederaan -- turut berasakan kecederaan yang dialami Hudson-Odoi itu amat serius.
"Ia bukan kecederaan ringan. Saya berasakan ia kecederaan serius.
"Ia tendon Achilles. Saya tidak berani untuk mengulas panjang kerana saya tidak tahu.
"Dia akan menjalani pemeriksaan, namun ia tidak kelihatan baik.
"Saya tidak pasti sama ada ia patah atau tidak.
"N'Golo dijatuhkan sewaktu melakukan serangan balas.
"Dia terjatuh ke atas kaki pemain dan ia terkena rusuknya.
"Dia tidak dapat bernafas dengan baik, namun dia akan pulih," katanya.
Hudson-Odoi berkemungkinan akan terlepas baki saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, termasuk kempen dalam Liga Europa, di mana Chelsea akan bedepan Eintracht Frankfurt dalam separuh akhir minggu depan.
Pemain kebangsaan England itu turut kelihatan akan terlepas saingan akhir Liga Negara-Negara Eropah, bermula Jun depan.