Skip to main content

Bola Sepak

Muller: Bahang tekanan makin terasa

sule.jpg
BAYERN MUNICH 1 WERDER BREMEN 0

Thomas Muller mengakui Bayern Munich semakin tertekan dengan perlumbaan sengit merebut gelaran Bundesliga dengan Borussia Dortmund.


Juara menanti Jerman, Bayern, melebarkan jurang di puncak dengan empat mata berikutan kemenangan tipis 1-0 ke atas Werder Bremen, awal pagi tadi.

Jaringan Niklas Sule pada minit ke-75 menjadi pemisah dalam aksi di Allianz Arena itu untuk Bayern meningkatkan kelebihan mereka sambil pencabar utama, Dortmund, hanya akan beraksi menentang SC Freiburg, malam ini. 

Muller berkata tekanan wujud dalam kancah Jerman kerana Bayern sedang dalam usaha meraih kejuaraan liga ketujuh berturut-turut.

"Kami terasa bahang tekanannya kerana kami begitu berhajat untuk memenangi gelaran Bundesliga," kata Muller kepada bundesliga.com.

"Selepas separuh masa, kami perlu meningkatkan kepantasan tetapi keputusan perlawanan ini masih agak sengit."

Bayern -- yang belum kalah dalam 10 perlawanan liga -- menerajui kemuncak Bundesliga dengan kempen bersisa empat perlawanan.

Dortmund akan menghambat Bayern kepada satu mata sekiranya melakar kemenangan di Freiburg.

 

Advertisement

Must Watch Video