FAM mengumumkan senarai 24 pemain B-23 ke Kem Latihan Pusat Disember 2023.
Menjelang kempen Piala Asia B-23 2024 yang dijadualkan berlangsung di Qatar, April depan, sejumlah 24 pemain dipanggil oleh ketua juralatih skuad Harimau Malaya B-23, Juan Torres Garrido, bagi menyertai kem latihan pusat pada 19 hingga 27 Disember 2023.
Ketiadaan Ubaidullah Shamsul Fazili, Adam Farhan Mohd Faizal dan Haqimi Azim Rosli yang dibelenggu masalah kecederaan diisi oleh tiga pemain yang tidak sertai kem terdahulu pada 13 hingga 21 November, iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Ruventhiran dan Alif Zikri Zaini Anuar.
Pemain-pemain yang dipanggil akan melaporkan diri di Wisma FAM, Kelaya Jaya pada Selasa ini, 19 Disember 2023 sebelum berlepas ke Shanghai, China pada Khamis, 21 Disember bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 menentang China B-23 pada Sabtu, 21 Disember dan Selasa, 26 Disember sebelum pulang ke tanah air pada hari berikutnya.
Skuad Harimau Malaya B-23 diundi dalam Kumpulan D bagi kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar nanti.
Skuad negara bakal buka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April, diikuti aksi bertemu Vietnam pada 20 April dan Kuwait pada 23 April 2023.

Berikut senarai 24 pemain dipanggil Juan Torres Garrido bagi dua aksi persahabatan menentang China B-23 di Shanghai, 23 & 26 Disember ini sebagai persiapan menjelang Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April depan.
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 16, 2023
▶️ Baca penuh di https://t.co/fjyCC1J7Lw#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/dIpKAKerKV
Ketiadaan Ubaidullah Shamsul Fazili, Adam Farhan Mohd Faizal dan Haqimi Azim Rosli yang dibelenggu masalah kecederaan diisi oleh tiga pemain yang tidak sertai kem terdahulu pada 13 hingga 21 November, iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Ruventhiran dan Alif Zikri Zaini Anuar.
Pemain-pemain yang dipanggil akan melaporkan diri di Wisma FAM, Kelaya Jaya pada Selasa ini, 19 Disember 2023 sebelum berlepas ke Shanghai, China pada Khamis, 21 Disember bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 menentang China B-23 pada Sabtu, 21 Disember dan Selasa, 26 Disember sebelum pulang ke tanah air pada hari berikutnya.
Skuad Harimau Malaya B-23 diundi dalam Kumpulan D bagi kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar nanti.
Skuad negara bakal buka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April, diikuti aksi bertemu Vietnam pada 20 April dan Kuwait pada 23 April 2023.
Piala Asia Qatar B23. ???
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 23, 2023
Malaysia diundi bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait dalam kumpulan D! ????????
See you in April. ???