Skip to main content

Bola Sepak

Mukhairi Ajmal tak mahu persiakan peluang beraksi skuad senior

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mukhairi-ajmal.jpg
Pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal tidak mahu mensia-siakan peluang panggilan sertai skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat, Oman.

Ini kerana, berdasarkan perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menerusi aplikasi X, Mukhairi berkongsi sudah tiba masanya untuk beralih fokus terhadap memberikan aksi cemerlang bersama skuad senior memandangkan usianya sudah berada pada fasa peralihan dari skuad muda ke senior.

 
"Alhamdulillah sebab dapat kembali bersama skuad kebangsaan.

"Ini peluang untuk saya, sebab semua orang tahu umur saya pun dah 23 tahun.

"Ini memberikan cabaran baru buat saya, saya harap saya dapat berikan yang terbaik,"kata Mukhairi.

Advertisement

Must Watch Video