Tonggak tengah Selangor, Mukhairi Ajmal, menyedari dia memikul tanggungjawab besar tatkala menyarung jersi nombor 10 The Red Giants yang cukup sinonim dengan figura legenda pasukan itu, Allahyarham Mokhtar Dahari.
Pemain berusia 24 tahun itu menegaskan dia tidak akan mensia-sia amanah itu dan memberikan jaminan untuk sentiasa memperbaiki prestasi, sekaligus membantu 'The Red Giants' meraih sekurang-kurangnya satu piala musim 2025/2026.
Bekas kapten skuad bawah 23 tahun negara itu percaya berbaki seminggu menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia akan dimanfaatkan sebaik mungkin skuad kendalian Katsuhito Kinoshi bagi mengenal pasti segala kelemahan sebelum menghadapi tugas getir, aksi Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) Jumaat hadapan.