Jose Mourinho menegaskan Tottenham Hotspur berhak meraikan kemenangan 3-2 ke atas Southampton walaupun lawan beraksi lebih baik dalam aksi pusingan keempat Piala FA, awal pagi tadi.
Spurs ketinggalan 2-1 ketika perlawanan berbaki 18 minit di Stadium Tottenham Hotspur selepas Shane Long dan Danny Ings meledakkan gol susulan jaringan sendiri Jack Stephens di awal permainan.
Namun, Lucas Moura melepaskan rembatan dari jarak 18 ela untuk menyamakan kedudukan dan selepas dijatuhkan penjaga gol pelawat, Angus Gunn, Son Heung-min menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87.
Tottenham kini akan berdepan satu lagi pasukan daripada Liga Perdana Inggeris, Norwich City, dalam pusingan seterusnya tetapi Mourinho akur pasukan kendaliannya itu bernasib baik dapat meneruskan kemaraan.
"Saya perlu jujur dan saya rasa pasukan terbaik tewas tetapi Spurs lebih berkeinginan dan mencapai tahap terbaik," katanya.
"Terdapat banyak kesukaran untuk mencipta sesebuah pasukan. Pilihan yang tidak membantu untuk mengubah permainan. Pasukan saya berhak menang tetapi yang terbaik telah tewas."
Mourinho membawa masuk Dele Alli, menggantikan Tanguy Ndombele dan pemain tengah England itu menjadi watak utama kebangkitan Spurs apabila menghasilkan bantuan jaringan buat Lucas.
"Daripada segi ketahanan dan kesegaran, lawan lebih bagus berbanding kami. Kami cuba untuk menyusun pemain berdasarkan senarai yang ada," tambah Mourinho.
"Mereka mengawal kami dengan baik. Alli mengubah permainan selepas kami bertukar kepada empat pertahanan. Kami mengatur gerakan menerusi Alli dan ia seperti membina mainan teka-teki tanpa beberapa kepingan."
Jan Vertonghen merupakan pemain pertama yang dibawa keluar oleh Mourinho untuk memberi ruang buat Gedson Fernandes sekali gus mengubah percaturan.
"Sukar untuk menggantikan pemain ketika dalam permainan," tambah pengurus itu.
"Kami tidak mengawal perlawanan ketika menggunakan lima pertahanan, jadi dia terpaksa dikeluarkan, itulah bola sepak.
"Sesetengah pemain memberi reaksi negatif tetapi Vertonghen sangat profesional."
Tottenham kini akan mengharungi tempoh rehat sebelum menyambung aksi Liga Perdana Inggeris dalam kunjungan ke Aston Villa, 16 Februari ini.
Editor: Nafis Abdullah