Jose Mourinho percaya Manchester United tidak menawarkannya kesempatan untuk berjaya sepertimana yang dinikmati Pep Guardiola dan Jurgen Klopp di Manchester City dan Liverpool.
Tempoh dua setengah tahun Mourinho di Old Trafford berakhir sejurus United ditewaskan Liverpool 1-3, Disember lalu, berikutan keputusan yang semakin mengecewakan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Setelah tiba serentak di Manchester dengan Guardiola menjelang musim 2017, mereka dijangka akan memperbaharui perseteruan seperti ketika mengemudi Real Madrid dan Barcelona.
Namun, ia gagal menjadi kenyataan meskipun United menjulang Piala Liga Inggeris (EFL) dan Liga Europa dalam kempen sulung Mourinho manakala Guardiola pula membimbing City untuk meraih 100 mata dan bergelar juara EPL 2018 -- lebih 19 mata daripada The Red Devils yang menduduki tempat kedua.
Sebaliknya, perseteruan Guardiola dengan Klopp lebih mencuri tumpuan dengan kedua-dua pasukan telah melepasi 90 mata dengan baki dua perlawanan musim ini.
Mourinho menjadikan Paul Pogba sebagai pemain termahal di dunia sebaik dilantik sebagai pengurus United sementara menawarkan pakej mewah ketika memujuk Alexis Sanchez untuk ke Old Trafford berbanding ke Stadium Etihad, Januari tahun lalu.
Bagaimanapun, bekas pengurus Chelsea itu berasakan sokongan yang lebih jitu sedang dinikmati Guardiola dan Klopp amat jelas.
"Saya lebih gemar untuk menyertai kelab seperti mana yang sedang dinikmati Jurgen dan Pep," kata Mourinho kepada beIN Sports ketika bertugas sebagai penganalisis bola sepak bagi aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di antara Barcelona dan Liverpool, awal pagi tadi.
"Jika anda melihat kepada kesebelasan Liverpool, berapa ramaikah yang berada di sana ketika Jurgen tiba? Hanya dua orang," katanya.
"Apabila Pep tidak gembira dengan pertahanan sayapnya (2017), maka pada musim panas seterusnya dia mengikat empat pertahanan sayap yang diingininya.
"Dia membeli penjaga gol seperti Claudio Bravo dan tidak berpuas hati dengannya, kemudian musim depan dia membeli pula Ederson.
"Jurgen tidak memenangi apa-apa piala dalam tempoh tiga setengah tahun ini tetapi dia masih memiliki kepercayaan, diberi keyakinan dan kesempatan untuk terus memberikan saingan.
"Mungkin musim ini mereka memiliki peluang besar untuk melakukannya -- memenangi trofi buat kali pertama.
"Jika saya menggalas tugas pada masa akan datang, saya tidak akan lagi memulakan perbualan tanpa mengetahui secara tepat apakah yang dikehendaki kelab dan kelebihan kelab daripada segi penstrukturan dan objektif mereka," katanya.
Gary Neville berkata bekas kelabnya itu tersilap langkah ketika melantik pengurus seperti Mourinho yang disifatkannya sebagai tidak sesuai dengan falsafah United.
Mourinho mengherdik penilaian tersebut dengan membangkitkan kisah kemenangan sensasi Inter ke atas skuad Barcelona yang dikendalikan Guardiola pada 2010 sebagai membuktikan reputasinya bukanlah pengurus yang gemar menerapkan permainan terlalu bertahan.
"Anda berdusta dan anda menyatakannya seribu kali sehingga ia kedengaran benar padahal ia tidak benar," katanya.
"Apabila orang mengingati perlawanan luar biasa separuh akhir UCL Inter di Barcelona dengan 10 pemain, ramai yang mengatakan itu adalah kelas bola sepak pertahanan dengan dua bas diletakkan di hadapan gawang.
"Begitupun, dua minggu sebelum itu, orang tidak mengatakan bahawa Inter akan menang 3-1. Kami meletakkan diri sendiri dalam posisi untuk berjuang di sana dan mempertahankan keputusan tersebut kerana kami beraksi dengan 10 pemain dan sedang menentang pasukan terbaik di dunia.
"Ini kerana dua minggu sebelum itu, kami menundukkan mereka 3-1, malah sepatutnya mengalahkan mereka dengan empat atau lima gol."
Mounrinho turut berasakan kejuaraan EPL 2017 yang dimenangi Antonio Conte bersama Chelsea dinilai berdasarkan piawaian yang berbeza.
"Apabila saya tiba di Chelsea buat kali kedua dan kami muncul juara, kami menjadi juara tatkala kami bukanlah pasukan terbaik di England," tambah Mourinho.
"Untuk menjadi juara ketika anda bukanlah pasukan terbaik di kancah sesebuah negara itu, anda harus pastikan percaturan anda lebih strategik berbanding ahli falsafah.
"Kemudian, apabila Chelsea juara lagi di bawah kendalian Antonio Conte, Chelsea adalah pasukan yang paling cenderung mengamalkan serangan balas -- mereka sangat bertahan tetapi cukup berkesan dalam melancarkan serangan balas.
"Sekali lagi mereka melakukannya dengan sudut pandangan yang strategik. Biarpun itu adalah percaturan Antonio dan bukannya saya, tetapi anda tidak pula membangkitkan soal amalan permainan bertahan itu."