Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, memuji peminat "hebat" kelab itu walaupun dia enggan menyokong skuadnya selepas jendela perpindahan yang mengecewakan.
Selepas menandatangani pemain tengah antarabangsa Brazil, Fred, pertahanan Portugis, Diogo Dalot, dan penjaga gol simpanan, Lee Grant, Mourinho mahu dua pemain lagi tetapi tiada yang tiba sebelum tarikh tutup jendela perpindahan Liga Perdana di sebalik laporan yang mengatakan berlaku pertengkaran dengan Naib Pengerusi Eeksekutif, Ed Woodward.
Sejak itu, Mourinho mengurangkan kekecewaan dan bos United itu lebih tidak berpuas hati dengan kekalahan 3-2 minggu lalu kepada Brighton and Hove Albion.
Bercakap sebelum perlawanan menentang Tottenham di Old Trafford, Mourinho ditanya sama ada dia berpuas hati dengan skuadnya dan dia menjawab, "Kamu tahu jawapan saya."
Mourinho menambah: "Saya tidak perlu menjawab. Kadang-kadang saya tidak tahu mengapa saya di sini kerana kamu (media) tahu segala-galanya. Sepanjang minggu, ia kelihatan seperti kamu menunjukkan bahawa kamu tahu semuanya, kemudian saya datang ke sini dan kamu bertanya kepada saya soalan-soalan. Ia agak pelik."
Jurulatih Portugis itu, bagaimanapun, jauh lebih gembira untuk membincangkan mengenai penyokong United menuju ke pertembungan menentang Spurs di Manchester.
"Penyokong hebat dalam kedua-dua perlawanan (menentang Leicester City dan Brighton)," kata Mourinho. "Bukan untuk saya, untuk pasukan, yang satu-satunya perkara penting.
"Dalam karier saya, saya tidak pernah mementingkan diri sendiri dan berfikir tentang diri saya, saya sentiasa menjadi orang kelab. Itulah saya. Saya amat gembira apabila penyokong menyokong pasukan.
"Menentang Leicester, kamu boleh kata ia situasi biasa kerana pasukan bermain dengan baik dan menang. Untuk menyokong pasukan ketika menentang Brighton, di mana kami tidak bermain dengan baik dan kalah perlawanan itu, ia memberi kamu perasaan yang hebat.
"Saya harap perasaan itu, pemain-pemain juga merasainya dan pemain-pemain bersedia memberikan apa yang perlu mereka miliki."