Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho puji keinginan tinggi dipamerkan pemain

mourinho-cropped_vt5b4qsi8yny12wvfyka6ts8p.jpg
Jose Mourinho berkata pasukan kendaliannya mempamerkan keinginan tinggi selepas menganggap perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa berdepan Celta Vigo sebagai aksi penting dalam sejarah kelab itu.

United turun di laman sendiri berbekalkan gol Marcus Rashford di Galicia dalam aksi pertama dan kali ini, pemain antarabangsa England itu bertanggungjawab membuat hantaran kepada Marouane Fellaini bagi meledak gol pembukaan di laman sendiri untuk mengesahkan kemenangan agregat 2-1 selepas terikat seri 1-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Anak buah Mourinho, bagaimanapun, diletakkan dalam keadaan cemas apabila Facundo Roncaglia berjaya meledak gol di tempat lawan sebelum pemain itu, bersama-sama Eric Bailly, dilayangkan kad merah.

Selepas itu, Mourinho mengakui perlawanan tersebut masih jauh jika dibandingkan dengan aksi lain dalam sejarah United, namun berkata pertemuan final di Stockholm berdepan Ajax pada 24 Mei ini mendatangkan peluang untuk mengesahkan tiket ke kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

"Ini satu peluang besar untuk kami menambah trofi dan kembali ke pentas Liga Juara-Juara. Ini adalah peluang terbaik untuk menamatkan musim ini dengan gaya sempurna.

"Saya ada berkata bahawa perlawanan ini sangat penting tetapi sudah tentu ia tidak sebesar aksi final dalam Liga Juara-Juara. Tetapi saya menggunakan pendekatan itu agar kami turun dengan motivasi tinggi.

"Bagi Celta, perlawanan ini cukup getir. Jadi, kami perlu turun dengan keinginan sama seperti mereka.

"Di kemudian hari, ketika perlawanan memasuki saat getir, Celta beraksi dengan cukup baik sementara kami beraksi hambar. Tetapi keinginan itu membuatkan pemain bertarung sehingga ke hujung perlawanan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video